Tuesday, October 6, 2009

PERINGATAN BUAT KAUM HAWA

Ini hanyalah pendapat peribadi saya.

Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka, selagi tidak melampaui batas agama.

Sangat bahaya kalau seorang perempuan ‘upload’kan gambarnya kat internet. Ada manusia yang eksploitasikan gambar-gambar tersebut.

Ada yang gunakan untuk menyamar.

Ada yang edit gambar tu.

Dan lain-lain yang mungkin di luar pemikiran kita.

Mungkin bagi kita ianya satu perkara yang biasa dan selamat tapi dengan keadaan hari ini, macam-macam boleh berlaku.

Simpanlah gambar anda tu elok-elok. Memang diakui anda memang cantik dan jelita. Tapi terpulanglah sama ada tetap nak ‘upload’kannya atau sebaliknya.

Bukan saya berfikiran kolot dan menolak apa yang sedang berlaku di sekeliling kita. Hargai kecantikan dan kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Jaga elok-elok.

Jangan biarkan diri kita terlalu umum untuk dilihat oleh lelaki-lelaki lain.

Kerana dirimu begitu berharga.

3 comments:

mel said...

sy setuju. pic sy pnh ad org mntk utk puaskan nafsu dia! gila! sy mmg xsewenang2 nya bg org tgk pic sy

-mel-

Anonymous said...

tapi aku malu utk upload sbab aku huduh !! wakakaka

bakalmayat said...

Mel;
Baguslah..Kena berjaga-jaga.. =)

Anonymous;
Rupa x cantik/hensem takpe janji amalkan agama. Apa guna kalau segalanya kita ada (duit banyak, anak belajar tinggi-tinggi dan berkerjaya hebat, dan sebagainya) tapi tiada agama dalam diri kita. =)